Powered By Blogger

Wednesday, April 28, 2010

Friday, April 9, 2010

Lagu Damai

Simfoni pepohon menghijau
berlagu damai di tepian sungai
di suatu sudut senja itu
tersentuh deria seni di jiwa ku

Redup redam kelabu di awan
tak terungkai sentuhan seni di mata hati ku
kerana aku menjadi rawan
kerana aku menjadi rindu
pada simfoni begitu
menerubus menusuk
ke dalam sedalam dalamnya
ke lubuk hati ku
dan hati pun dipaut rasa indah
seindah damainya pepohon menghijau
di tepian sungai hutan tropika
kerana inilah bumi merdeka
bumi bertuah tumpah darah ku
Negeri Permai Di Bawah Bayu.

Ahhhh..
betapa nanti aku akan rawan
merindui mu perawan
pada rumpai berjuntai
bak rambut gadis Sungai
terhurai bersantai dan mandi di sungai
demikian indah demikian permai
aku pun terpukau di tepian Sukau

ab mali abas
Sukau Sandakan
2004

Thursday, April 8, 2010

Di Ufuk Senja

Apakah lagi yang lebih menyayat hati
bagai terhiris dan tersiat melihat
teman-teman ku terus berkeringat
bukan ke sawah, ke bendang apa tah lagi ke ladang
(mana ada kita punya?)
disinar mentari langkanya sumbang
kerana di subuh lagi sudang bertandang
dan
kemudian pulang
menghirit duka luka
merdeka mindanya dijajah lagi

Apa lagi lebih perit
bagai empedu malah lebih pahit
teman-teman ku dibelenggu
angannya dan mimpi palsu:
yang pipih datang melayang
yang bulat datang bergolek
yang secupak jadi segantang
dan
berbekal kail sepanjang jengkal
lautan dalam mau diduga.

Bilakah lagi teman-teman terjaga
dari angan kosong dan mimpi indah
sedangkan fazar menyinar diufuk senja.

abdul mali hj abas
ampang park
30 Januari 2007

Wednesday, April 7, 2010

Tuan Mudah Lupa

Maafkan saya di atas keceluparan ini Tuan, tapi jiwa baruntak ku sukar dibendung lantaran melhiahat cugan kata mu: berjiwa rakyat, dinamik, prihatin dan komited. Rhetorik Tuan. Aku juga rakyat. Lantas aku bertanya jiwa rakyat yang bagaimana?

Aku hanya menadah tangan mohon diperkanan setitis harapan bernama kain terpakai (kain deraan) demi keprihatinan mu terhadap satu perjuangan kelansungan mu jua menerajui bangunan dan segala organisasi di bawahnya

Ternyata cugan kata mu tidak sealiran seperti tertara di setiap surat, coretan dan persuratan.

Rayuan ku bukan sekali bukan dua atau tiga lagi, sesungguhnya jumlah sebenar aku mula lupa.

Mengapa?
Ada yang tak kena?
Adakah sudah tiba masanya cugan kata perlu dipinda?

Engakun juga mudah lupa sedangkan kau masih muda bukan macam orang tua atau Melayu mudah lupa. Jangan Tuan; jangan lupa seketika dulu kita Melayu hilang kuasa ketika mana orang-orang yang pelupa di aisboks tempatnya. Pedih Tuan sejuk pun ada lantaran aisboks juga namanya. Jangan Tuan; jangan rakyat jelata menghakim dan menghukum sekali lagi buat kali kedua selepas Merdeka, aduh pedehnya tak terperi.

Oleh itu aku ingatkan jangan mudah lupa sebab jika pisang berbuah sekali lagi ke mana Tuan mahu pergi bawa diri.

Pahlawansenja
Menara Tun Mustapha
07 Apr 2010


Sunday, April 4, 2010

pahlawansenja

AYAH

Ayah
kemalut di jiwa tersimpul erat dalam ingatan riwayat hayat menjejak kasih seorang lelaki bernama ayah; ku genggam doa ku tatang harapan

Ayah
harapan melaut tak bertepi, seksaan ini menjerut hayat tiada sudahnya, rintihan pedih ratapan batin ku, penghujung akhirnya entah di mana. Pun begitu aku kah ini menggenggan doa agar ku pulang ke pangkuan lelaki bernama ayah

Ayah
anakda tidak menggemis kasih, pun juga menagih simpati, namun keinsanan apakah ini dunia ku tanpa seraut wajah seorangt lelaki bernama ayah

Ayah
lihatlah dalam renungan; teman-teman dipimpin lelaki bernama ayah, aku juga demikian; dipimpin bonda berlagak ayah, dipimpin ibu bernama bonda, demikian lesu ku hirup sejarah

Ayah
takdir tidakn pernah tersilap, qada juga tidak tersasul, demikian qadar sentiasa benar, pun begitu kembelilah kepangkuan kasih, kita langkah bersama membina semula sejarah nan punah.

Pahlawansenja
Karamunting, Sandakan
07 Sept., 2003