Powered By Blogger

Wednesday, April 7, 2010

Tuan Mudah Lupa

Maafkan saya di atas keceluparan ini Tuan, tapi jiwa baruntak ku sukar dibendung lantaran melhiahat cugan kata mu: berjiwa rakyat, dinamik, prihatin dan komited. Rhetorik Tuan. Aku juga rakyat. Lantas aku bertanya jiwa rakyat yang bagaimana?

Aku hanya menadah tangan mohon diperkanan setitis harapan bernama kain terpakai (kain deraan) demi keprihatinan mu terhadap satu perjuangan kelansungan mu jua menerajui bangunan dan segala organisasi di bawahnya

Ternyata cugan kata mu tidak sealiran seperti tertara di setiap surat, coretan dan persuratan.

Rayuan ku bukan sekali bukan dua atau tiga lagi, sesungguhnya jumlah sebenar aku mula lupa.

Mengapa?
Ada yang tak kena?
Adakah sudah tiba masanya cugan kata perlu dipinda?

Engakun juga mudah lupa sedangkan kau masih muda bukan macam orang tua atau Melayu mudah lupa. Jangan Tuan; jangan lupa seketika dulu kita Melayu hilang kuasa ketika mana orang-orang yang pelupa di aisboks tempatnya. Pedih Tuan sejuk pun ada lantaran aisboks juga namanya. Jangan Tuan; jangan rakyat jelata menghakim dan menghukum sekali lagi buat kali kedua selepas Merdeka, aduh pedehnya tak terperi.

Oleh itu aku ingatkan jangan mudah lupa sebab jika pisang berbuah sekali lagi ke mana Tuan mahu pergi bawa diri.

Pahlawansenja
Menara Tun Mustapha
07 Apr 2010


No comments:

Post a Comment