Powered By Blogger

Friday, April 9, 2010

Lagu Damai

Simfoni pepohon menghijau
berlagu damai di tepian sungai
di suatu sudut senja itu
tersentuh deria seni di jiwa ku

Redup redam kelabu di awan
tak terungkai sentuhan seni di mata hati ku
kerana aku menjadi rawan
kerana aku menjadi rindu
pada simfoni begitu
menerubus menusuk
ke dalam sedalam dalamnya
ke lubuk hati ku
dan hati pun dipaut rasa indah
seindah damainya pepohon menghijau
di tepian sungai hutan tropika
kerana inilah bumi merdeka
bumi bertuah tumpah darah ku
Negeri Permai Di Bawah Bayu.

Ahhhh..
betapa nanti aku akan rawan
merindui mu perawan
pada rumpai berjuntai
bak rambut gadis Sungai
terhurai bersantai dan mandi di sungai
demikian indah demikian permai
aku pun terpukau di tepian Sukau

ab mali abas
Sukau Sandakan
2004

No comments:

Post a Comment